Saturday, July 18, 2009

tempoh percubaan


Berkurun lamanya kisah bermula.aku hanyalah seorang pembaca setia blog rakan2 aku.tapi sekarang aku pula yang mula mencoret.semasa aku masih seorang pembaca blog dan bukan penulis blog seperti sekarang, kawan2 aku sering berkata 'kau ni asyik baca blog kita orang jerp.cuba ko tulis pulak'.aku hanya mampu menjawab 'aku x sehebat kalian dalam membina ayat'.aku ingat aku mampu mengekalkan status PEMBACA BLOG. rupanya tidak. sekarang aku pula menjadi PENULIS BLOG seperti mereka.ini bukan kerana aku sudah terkena virus blogger mereka.tapi aku sedang membuat assignment aku.mungkin korang tertanya apa kena mengena blog dengan assignment kan.tapi, itulah kenyataan nya.membuat blog adalah assignment kedua aku bagi subject IMD103.kenyataan yang pelik bukan.assignment pertama aku adalah membuat facebook.jangan terkejut kawan.aku dah bosan dengan reaksi itu apabila aku mengatakan assignment pertama aku adalah membuat facebook.dan kedua adalah blog ini.dan sekarang aku mula menapak dalam dunia blogger seperti kamu semua.aku tak sangka aku akan menjadi penulis blog seperti sekarang.ia berlaku dalam keadaan yang tak terjangka.aku masih pelik.

mengenai blog.aku bukan la baru dalam dunia blog ni.aku sudah lama.tapi sebagai pembaca dan bukan penulis.aku sangat suka membaca coretan blog rakan2 aku.dany, zaid, bay, ayieq dan ramai lagi.blog mereka sering menjadi kunjungan utama aku.mereka tidak kering idea menulis blog.dan aku tak pernah bosan membaca blog.sebelum ini, aku pernah mahu mencuba.tapi gagal.aku tak tahu nak mula dari mana menulis blog.aku hanya mampu buka dan tunggu 5 minit menatap screen kosong dan tutup.buntu!tapi kali ini mahu tak mahu.aku kena mahukan juga.kalau tidak, impian 4 flat bagi semester pertama aku ini, mungkin hanya seperti mat jenin.12 blog untuk 12 minggu.penyumbang markah untuk impian aku.aku mencuba.kerana itu adalah motto hidup aku.mungkin dulu aku sering melihat rakan2 mengupdate blog mereka.tapi kini aku pula yang akan sering mengupdate blog aku.aku masih dalam tempoh percubaan.jumpa di waktu lain.noktah.

0 comments: