Wednesday, August 26, 2009

ramadhan datang lagi.puasa kembali.

salam ramadhan!!


first ramadhan.aku memang dan akan menyambut di rumah bersama dengan family aku.walaupun sekarang aku jauh dari family.aku tetap nak balik.siapa yang nak sambut ramadhan sorang2 kat dalam bilik kolej.tak best lansung!!aku tau aku akan sambut puasa kat bilik kolej jugak nanti.tapi biarlah hari pertama meriah sikit untuk menggantikan hari2 yang akan datang nanti.dan aku pun mengambil langkah teruja dengan balik pada hari pertama puasa.yes!!makan sedap.(perut buat party)lol!


kali ni aku balik jb ramai sikit.dengan bay,fara,biha dan amoy.naik bas SE yang membuat kami menunggu bas selama 1/2 jam yang sepatunya bas tu datang pada kol 2 dia datng kol 2.30.tak patut lansung.dah la kami tak sabar nak balik ni.baru je ingat dapat sampai awal kali ni.sampai lambat gak.tapi tak apa la.janji dapat balik pun kira ok.


aku berbuka hari pertama ni denga atok,maknya,pak usu sekeluarga dan aku sekeluarga.gempak gila.aku gembira bersama mereka.makanan sangat banyak.aku suka.at least,aku tak la keseorangan bulan puasa ni.apa-apa pun kita enjoy!!
selamat beramal!!



Sunday, August 23, 2009

eksplorasi ims

ims student watcha!!

post kali ni tentang agm diim.nama penuh nya information management anual grand meeting.duh!agm ni dh brapa kali ditunda.dan tiba2 jep dia wat malam jumaat hari tu.mungkin dh lama tertunda kot.ok!lets go on with the event.malam tu kumpulan 1,2,3 yang buat persembahan.kumpulan 4,5,6 buat nanti.masa dinner night kata nya.apa2 je la.banyak2 kumpulan kumpulan 1 dan 2 jep jalan cerita nya aku faham.yang ketiga hancus.tak faham lansung.tapi tak pe la.at least dia ada benda nak buat.daripada kumpulan aku yang belum buat ni.ntah apa ntah yang kumpulan aku nak buat nanti.give some idea please!!!!

dalam kata happy2 malam tu.kami tetap jugak kena marah.standard la tu.part is too much!!ntah la.bukan salah kami pun, kami tetap kena marah.tak faham lansung.budak2 yang tak datang agm tu yang membuat kan kami ni yang datang kena.tak patut2.betul cakap satu pepatah tu "kalau kita buat macam mana baik sekalipun, kalu dah nak kena maki, kena maki jugak"hurmm.sekarang baru aku fahm ayat tu.

esok nya.kami ada eksplorasi diim pulak.ni yang adventure sikit ni.mula2 kami ada senaman pagi.interesting la jugak.dah lama kami tak keluarkan peluh.last keluarkan peluh agaknya masa mms dulu.hehe!teruk kan.kami dibahagikan kepada kumpulan.dan diminta untuk buat nama kumpulan menggunakan nama binatang dan makanan.nama kumpulan aku adalah PUITA.gandingan diantara puding dan sotong kurita.hebat kan!hehe.
senaman di waktu pagi!!
ni bukan kumpulan aku.
kumpulan aku tak da gambar.huh!!

kami diminta present kan kumpulan kami dan siap ada trademark skali.kami menari ala2 sotong.haha.lepas tu kami ada aktiviti yang dipanggil angkasawan.syok gila game ni.menguji daya pemikiran kami sebagai mahasiswa/i.aku suka!dah lama tak berfikir dalam2 dan teruk2.perah idea kuat.dalam aktiviti kite orang buat.seronok.petang nya kami ada aktiviti tutup mata.apa ntah nama game ni.lupa laa.tapi seronok gak la.susah pun ada gak.bergerak dalam keadaan mata tertutup.susah kan.
penyokong puita.hee~
mencari kawan
berpandu pada bunyi nyut..nyut..
(bunyi penguin katanya)hehe.

waktu malamnya kami ada game rempuh halangan dengan tutup mata.ramai budak yang takut.sebab mereka diprovok oleh abang2 dan kakak senior tu.apa laaa.korang fikir la logik skit.tak kan la dorang nak tinggalkan korang camtu jep.ok!aku kongsi skit petua aku tak takot masa malm tu dengan korang.korang set la mind korang nak tidur.sure korang tak takot nye dan hanya fikir nak tidur jep.dan korang akan tidur.cun tak?!!besh kan.dan secara automatic nya korang dah tau aku tidur jep sepanjang tutup mata tu.heheh!!

ok laaa.aku nak out dulu laa.buat masa ni je la cite ims ni.secara jujurnya la aku sangat suka course ni dan kawan2 aku dalam course ni.dan lecturer yang mengajat.mereka sangat gempak dan happening hingga aku yang pening hehe.ok.daaa.

tidur.

Wednesday, August 19, 2009

group D1 E6 terhebat!!

halo kawan!!!!


photoshot kami yang pertama!


ok!dah lama sangat aku tak tulis blog ni.sedangkan aku sepatutnya dah kena ada lebih kurang 6 blog gitu.tapi lebihnya tak ada.kurang pulak yang banyak.aku kekeringan idea untuk menulis.bila idea aku dah ada,connection nye plak yang lambat.tensi2!!mungkin wireless perlukan perubahan yang mendadak.

kali ni aku nak imbas cerita masa tangkap gambar aritu.sesi fotografi kata nya.nak tau apa yang menjadi lawak dan kontroversinya,kami boleh bergaduh dalam menentukan warna baju yang nak kena pakai dan perlu adakan mesyuarat pada pagi2 buta semata-mata untuk tentukan warna baju yang nak kena pakai masa sesi fotografi tu.hurmmm.pelik dan unik.pasal ni pun boleh bergaduh.mungkin mereka perlu tukar kos mereka!atau alasan yang lebih mudah dan tepat,mereka baru belajar management dalam kelas puan rashidah hari tu.tak pela.last minute event.unexpected.

alaaaa.tapi kami bukan gaduh besar pun.gaduh2 mesra.haha!walaupun sesi fotografi ni sangat kontroversi.tapi sangat meriah.last information kami si gadis kena pakai tudung berwarna hitam.pakai sajalah.bukan susah sangat pun.tapi sebelum sesi fotografi yang sebenar kami dah buat fotografi kami dulu dah.tengok jela gambar2 kat bawah ni.macam2 pose.actually dia orang ni semua kempunan nak masuk american next top model sebab mereka adalah malaysian!!wow!!hidup malaysia!!hehe.



classmate yang terhebat.sayang korunk lebih!!



the girls next door.haha!


ok!gambar untuk tatapan korang tadi menunjukkan kami satu kelas sangat bersatu walaupun kadang2 kami perlukan PSU.haha!jumpa lain blog!


muahhhh!!!!!

Saturday, August 1, 2009

beruntung!!

watcha doing2!!

beruntung.tajuk post aku kali ni.macam mana aku nak mula erk.oh!ok.first sekali aku rasa sangat beruntung sebab aku dapat cuti seminggu dan balik ke rumah setelah beberapa minggu aku meniggalkan rumah.semenjak aku masuk ke uitm segamat, aku belum pernah balik rumah lagi.gila kentang kan!kenapa gila kentang?sebab rumah aku bukan la jauh sangat pun.bukan la kat perak yang perlu duduk berjam2 dalam bas.ataupun sabah yang perlu aku booking tiket flight awal2.rumah aku hanya kat johor bahru jep.tapi masih mengambil masa yang agak lama untuk aku balik bercuti.wah!hebat.beruntung betul aku rasa, sebab dapat cuti seminggu ni.ronggeng sakan.

pengetahuan umum yang patut anda semua tahu.jangan ingat aku diberikan cuti seminggu tu saje2 je.tidak.semestinya tidak.mana ada orang nak kasi cuti senang2.aku cuti sebab penularan H1N1 yang semakin serius.kami semua dibenarkan balik untuk proses kuarantin.tapi aku masih rasa beruntung sebab aku masih mampu bertahan daripada diserang virus berbahaya tu.atau lebih mudah "aku bebas H1N1".aku sangat pelik.dulu, masa dunia diserang selesema burung.semua burung dan spesis yang sewaktu dengannya dibunuh bagi mengelakkan penularan yang berlaku.dan mangsa bagi selesema burung ni adalah haiwan.tapi sekarang ni, dunia digemparkan dengan selesema babi pulak.dan yang menjadi persoalannya.kenapa tidak ada berita yang menyiarkan babi dibunuh untuk menghentikan penularan dan yang lagi dahsyat adalah manusia yang menjadi mangsa bagi selesema babi ni.menyebabkan kematian pulak uw.isyh2!!dahsyat2!!sebab tu aku beruntung sangat2 sebab aku masih sihat bertenaga dan aku masih mampu menaip blog dan menceritakan berapa beruntungnya aku.hehe.

seperti biasa dan kebiasaan yang berlaku kepada budak2 u yang balik ke rumah setelah lama berada di perantauan adalah, masa kita balik, mak kita mesti tanya nak makan apa?betulkan.jangan nak nafikan.ia berlaku pada korang.dengan sure dan confirm nya dorang akan masakkan untuk kita kan.haha.kenyang perut dan beruntung gila ada family yang prihatin macam ni.apabila dorang tanya aku nak makan apa.aku tak terpikir nak makan apa. mungkin sebab banyak sangat yang aku nak makan.(berat semakin naik.duh!)tapi, yang beruntungnya uw mak aku masak sedap2 auw.dan confirm la lauk yang special dari kebiasaannya.lawak adik aku "ni yang bagus ni kalau kakak balik setiap minggu".hampeh nye adik.

kakak sedara dan makcik yang penyayang lagi rapat.tak lain dan tak bukan tentunya mak ngah aku dan pak usu aku satu family.kami sangat meriah apabila berjumpa.baru jep semalam kami gathering sebenarnya.beruntung sangat2 sebab dapat jumpa kakak2 dan abang2 sedara aku ni.sebab utamanya adalah tersangat la payahnya nak jumpa mereka.aku sangat beruntung.nak tau kenapa?masa gathering semalam, kakak sedara aku ada offer aku computer dia untuk aku guna kat u nanti.dia kata senang sikit untuk aku buat assignment.tak payah la aku pergi cyber cafe dan menuggu giliran berjam2 lamanya dan menaggung kos yang bertimbun banyaknya.beruntung kan aku!tak payah minta malah di offer.

aku rasalah aku ni patut rasa beruntung sangat2.dan patut sedar diuntung!mungkin ada yang lebih hebat untung dia dari aku(tahniah!) dan ada yang tak berapa untung macam aku.so, apa2 pun korang bersyukur jep la dengan apa yang korang ada.rezeki tu!bukan senang nak dapat.walaupun kadang2 korang rasa benda tu nampak remeh.padahal dia mampu memberi impak yang besar dalam hidup korang dan kesannya mampu menjadi sejarah yang tak ternilai.fikir-fikirkan dan selamat beramal!

chow chin chow!