Monday, July 27, 2009

ujian bermula


helo earthing!!

masih menaip.ramai yang bertanya kepada aku.apa perasaan aku bile aku masuk u.aku hanya mampu menjawab 'ntah la.biasa jep'.aku x tau.aku masih belom memahami kehidupan sebagai budak u ni.kehidupan yang mereka anggap
bebas dan matang.matang aku masih mampu terima.bebas masih aku fikirkan.aku cuba memahami kehidupan ni dengan lebih dalam lagi.walaupun aku kadang2 x faham lansung.mungkin aku masih budak.noktah disini.

universiti teknologi mara kampus segamat johor.tempat yang aku dapat untuk aku teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar atau lebih tepat lagi seorang mahasiswi.kenapa segamat.jangan ditanya.sensitif.haha!diploma pengurusan maklumat.kos yang aku bole terima dalam kehidupan baru aku ni.subjek nye kire ok.walaupun kadang2 aku yang ko!aku amik lebih kurang 7 subjek.nampak macam ringankan dari subjek spm yg kite ambil 10 subjek tu.tapi hakikat nya ia sangat2 la berat.bukan berat ape.buku dia yang berat.aku x larat.pengetahuan am untuk korang.subjek IMD 103 la penyebab kewujudan blog ni.give some credit to sir al-bakri!

aku sangat rindu pada kawan2 lama aku.mereka semua diperantauan.aku jep yang masih berada di bumi johor ni.diulangi sekali lagi, jangan tanya kenapa.tapi pengubat nya tetap ada.kawan baru.cerita baru.mereka sangat gempak dan aktif.hikayat hidup kawan2 aku dari persepi aku.mungkin tak semua yang aku mampu tulis.sila memahami.

mula

ini aku.pija!sebelum aku memulakan cerita kawan2 aku.biar aku cerita tentang diri aku dulu.aku seorang..aku..aku..aku..BLANK.komplikasi dalaman.maybe next time kawan!see ya!heee~

farah-kawan aku dari aku form 1 sampai la u ni.kami masih berada di dalam kelas yang sama.bukan kebetulan.tapi jodoh.aku suka!

insyirah-glamor dengan panggilan e'in.dia kawan baru aku daripada negeri sembilan.she is the centre of the siblings.dia sangat happening dan aku sangat seronok melayan kepala dia.hehe!
(e'in bila kita nak pergi bilik MPP lagi erk?)

shafikah-kak ika.dia second yang tertua dalam kelas.kadang2 aku gelarkan kak ika sebagai 'the roxy girl'.kebanyakan barang2 kak ika adalah roxy.aku rasa lah.kak ika ni ada share besar ni kat roxy.hihi.dan, kak ika sangat cantik.tak tipu.

adibah-dia seorang pengikut brass band.dan bermain drum kata nye.aku sangat jeles kerana aku juga meminati drum.cuma tidak berkesempatan sahaja.dia mempunyai 3 orang adik yang sangat memeningkan kepala dia.redha je la diba!

aima-roommate aku.kolej sab.sangat prihatin.sangat pandai account.dia sangat unik apabila dia mengatakan bahawa 'sir alba sangat comel apabila sedang membaca mesej'.

bay-dua pupu aku.seorang yang sangat aktif dan seorang bakal komander.dah lama tak jumpa walaupun kami adalah kupu2.kami berkongi minat yang sama."kelab usahawan".ada makna disebalik itu.hehe!hanya kami berdua saje yang mengerti.

noraini-dia tuti.dan dia sangat sangat sangat sangat tinggi.aku saje yang terpaksa mendongak bila nak cakap dengan dia ni.jangan ditanya kenapa tuti.sebab dy kate cite dia panjang.dan dia malas nak cite.nanti dia akan cite.kalau dia dah cite kenapa.aku akan buat satu blog khas untuk cite pasal tuti ni jep.haha!dia sanagt havoc dan jovial.kalau aku ada dengan dia, aku asyik gelak jep.serious.aku tak tipu.

syamil-seorang peminat fanatik ezelyn.dan tinggal di kolej sr.glamor dengan nick rosnah. sumpah!aku mula menyukai nick itu.hehe.

amirul-aku panggil dia ami.senang sikit.sebab aku x bole sebut R.ia akan kedengaran pelik apabila aku memangil dia amirul.dia meminati the saturdays.to be honest.aku tak tau pun kewujudan the saturdays kat alam nyata nih.

asyraf-dia budak selangor dan memperkenalkan diri dengan panggil asy.tapi aku lebih suka dengan panggilan acap.lebih mudah dan lebih gempak.ianya hanyalah pandangan aku.aku harap kau tak kisah acap.kalau kau kisah pun aku tetap panggil kau acap.bahaha~

hafizi-aku panggil dia fizi.nama dia aku mudah ingat sikit.sebab lebih kurang nama aku jep.dia meminati the pussycat dolls.tapi tanpa ribur petir sebagai amaran, dia menukar kepada rihanna.sebab tak nak sama dengan seorang budak katanya.ntah la.tak faham aku.dan dia merupakan seorang yang pembersih!

farouk-susah sikit nak citer.dia berumor 20 tahun.aku memanggil dy bangbang.mudah.sebab farouk susah.susah dari segi sebutan.haha.dia sangat tua diantara yang lain.admit it bangbang.kamo dh tua.hehe.

penat menaip.lenguh tangan.aku nak tamat.hanya beberapa sahaja yang mampu aku masukkan dalam cerita 1001 malam aku ni.mungkin di lain blog kamu juga akan termasuk dalam hikayat merapu ni.sapa tahu!hanya tunggu dan baca.pasti tiba waktu itu.dan terima sahaja.kerana ianya hanyalah luahan ikhlas lagi jujur dari seorang mahasiswi yang bebaju size s.

tamat

Saturday, July 18, 2009

tempoh percubaan


Berkurun lamanya kisah bermula.aku hanyalah seorang pembaca setia blog rakan2 aku.tapi sekarang aku pula yang mula mencoret.semasa aku masih seorang pembaca blog dan bukan penulis blog seperti sekarang, kawan2 aku sering berkata 'kau ni asyik baca blog kita orang jerp.cuba ko tulis pulak'.aku hanya mampu menjawab 'aku x sehebat kalian dalam membina ayat'.aku ingat aku mampu mengekalkan status PEMBACA BLOG. rupanya tidak. sekarang aku pula menjadi PENULIS BLOG seperti mereka.ini bukan kerana aku sudah terkena virus blogger mereka.tapi aku sedang membuat assignment aku.mungkin korang tertanya apa kena mengena blog dengan assignment kan.tapi, itulah kenyataan nya.membuat blog adalah assignment kedua aku bagi subject IMD103.kenyataan yang pelik bukan.assignment pertama aku adalah membuat facebook.jangan terkejut kawan.aku dah bosan dengan reaksi itu apabila aku mengatakan assignment pertama aku adalah membuat facebook.dan kedua adalah blog ini.dan sekarang aku mula menapak dalam dunia blogger seperti kamu semua.aku tak sangka aku akan menjadi penulis blog seperti sekarang.ia berlaku dalam keadaan yang tak terjangka.aku masih pelik.

mengenai blog.aku bukan la baru dalam dunia blog ni.aku sudah lama.tapi sebagai pembaca dan bukan penulis.aku sangat suka membaca coretan blog rakan2 aku.dany, zaid, bay, ayieq dan ramai lagi.blog mereka sering menjadi kunjungan utama aku.mereka tidak kering idea menulis blog.dan aku tak pernah bosan membaca blog.sebelum ini, aku pernah mahu mencuba.tapi gagal.aku tak tahu nak mula dari mana menulis blog.aku hanya mampu buka dan tunggu 5 minit menatap screen kosong dan tutup.buntu!tapi kali ini mahu tak mahu.aku kena mahukan juga.kalau tidak, impian 4 flat bagi semester pertama aku ini, mungkin hanya seperti mat jenin.12 blog untuk 12 minggu.penyumbang markah untuk impian aku.aku mencuba.kerana itu adalah motto hidup aku.mungkin dulu aku sering melihat rakan2 mengupdate blog mereka.tapi kini aku pula yang akan sering mengupdate blog aku.aku masih dalam tempoh percubaan.jumpa di waktu lain.noktah.