Friday, October 23, 2009

final semakin hampir

berdoa!

final kali ni makin hampir.tapi aku masih lagi main2.masih lagi tak fokus.belajar baru sikit.kelas selalu lambat.presentation huru hara.carry mark tak semegah mana.aduh!aku kene struggle gila untuk final ni.aku nak dapat dl untuk sem 1 ni.aku nak!aku nak!aku nak laaa!!!aku nak buat parents aku hepi.aku nak tunjuk kat kawan2 aku yang aku bukan main2 je.aku pun belajar jugak laa.jangan pandang rendah kat aku walaupun aku rendah ok!haha!

biar aku kasi briefing untuk subject fina aku satu persatu :

imd 101
hurmmm.subject ni aku rasa aku ok.aku masih lagi mampu catch up.mungkin sebab subject ni more to practical.buat sambil ingat.macam citation dan catalouging card uw.baca pun tak la banyak sangat.tak banyak sangat la yang nak kena ingat.untuk score subject ni pun aku boleh la tau sikit camna nak tackle.aku berharap sangat aku dapat buat.amin.SIR EZAN A+ PLEASE!!!!

imd 102
sir ismail yang ajar aku subject ni.aku rasa subject ni more complicated.more fact.macam2 kena ingat.makin gila aku jadinya.dah la presentation aku hancur dengan dia pagi tadi.tapi takpe.aku cuba untuk fahamkan.haaa!!!!subject ni aku baru perasan,aku kena faham kan betul2 pasal satu2 tajuk baru aku dapat jawab.hope aku mampu jawab untuk final.NAK A!!

imd 103
buta it.bole la kategorikan aku sebagai tu.yang aku tau hanay myspace jep kot.ok aku tipu facebook up sikit!itupun bila sir bakri yang ajar kat dalam kelas dia.assignment sir bakri kena buat blog ni dan dia punya assignment semua berkaitan it.aduh!aku mencuba dengan susah payah.test aku dengan dia ok.ak hope dia ampunkan dosa aku!sorry sir.tak sengaja laaa.keterlanjuran tanpa perasan.paper ni aku kena banyak wat latihan jep jot.itu sahaja yang dapat membantu aku untuk score subject ni.PALING KURANG A LAAAA~

imd 104
management!lagi.sentuh buku pun jarang.faham lagi laa.kelas yang hambar.aku sangat tak faham.banyak gila term yang aku nak kena hafal.banyak gila principles dia.buat principle sikit2 dah la.memang menyusahkan anak cucu betul la tokoh2 management nih.duh!kelas replacement yang huru hara.tapi takpa.subject final untuk subject ni lama lagi.aku masih sempat untuk baca.berharap sanat.berdoa sangat kuat.NAK DL MESTI LA KENA A SUBJECT NI.

ctu 101
semakin teruk.ayah aku dah pernah pesan sebelum ni subject agama aku tak bole buat teruk.tapi subject ni la yang aku selalu kantoi.bukan teruk mana dapat b jep.dari sekolah dulu.aku tak faham kenapa.aku dah baca pun aku masih belum mampu luahkan kat dalam exam.aku kena bersihkan hati kot.buku dia kecik jep,nipis pla tu.aku tak tau kenapa test 1 aku teruk.mungkin sebab ayat dia complicated kot.ataupun aku yang last minute baca.jawapan dia 2-2.teknik belajar yang salah.SORRY KAK AZMA TAPI SAYA TETAP NAK A+!!

bel 120
english.seperti kebiasaan.aku masih lemah.dah study bagai nak rak pun masih rendah carry mark aku diantara kawan2 group aku.tak pela.belum ada rezeki lagi kot.maybe one day!miss syazwa,walaupun kami tak sehebat s3, tapi kami mapu tandingi mereka.aku just kena cncquer essay jerp untuk dapat high mark paper bel ni.itu saja cara dia.BEL 120 A.

hbu 111(kesatria)
final test untuk subject ni tak banyak yang aku nak ceritakan.final test untuk ni awal dari yang len2.bukan dalam waktu final sebab dia kawad kaki.dijangka kawad kaki merupakan final kite orang.rupanya test paper.aduh!gila susah.sejarah spm pun lagi senang!dia orang kata siapa penuh kedatangan sure A.aku berharap perkara tu betul (aku tak pernah ponteng kesatria).aku harap begitula.sebab kawad kaki memang bukan aku.KESATRIA A+ DAH MESTI!!

nak DL sem ni.

kawan ke sahabat?

salam sejahtera keatas semua.
sekali lagi ianya berlaku.
ianya muncul lagi.
dan aku tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.
aku dalam keadaan yang sangat serba salah.
soal emosi manusia bukan mainan.
silap percaturan boleh gila jadinya.
persahabatan adalah segalanya.
ya.
persahabatan adalah segalanya bagi aku.
mungkin keadaan sudah sedikit berbeza dari dulu.
mungkin perlukan masa untuk ianya kembali normal.
aku bukan mahu jauhkan diri.
tetapi mengambil sedikit ruang antara masa bagi membetulkan keadaan yang sedikit aneh.
aneh secara tiba-tiba.
datang tanpa alamat atau petanda.
malam tiada lena.
siang termenung jauh.mungkin silap aku juga.
bersifat seperti mesin harapan.
terlalu sedikit ruang yang ada.
untuk aku menggembirakan semua.

idea mencurah

identiti.

satu subjek yang sering kali timbul dalam situasi hidup manusia.semuanya memerlukan identiti.seni lukisan perlukan identiti.muzik juga perlukan identiti.perkataan "identiti" itu sendiri perlu identiti untuk dilontarkan.aku mahu berkongsi tentang "identiti" ini dari perspektif aku.hujung minggu seringkali aku ke bandar untuk mengambil angin yang berisikan karbon monoksida dan melawat pulau haba yang terhasil.di situ aku lihat ramai anak muda seperti aku yang menerewang disekitar bandar johor baharu ku sayang ini.ada yang indie habis.ada yang emo.ada yang smart.ada juga yang simple sahaja.disitu,aku lihat pergelutan emosi remaja yang masih tercari-cari identiti sebenar hidup mereka.tidak terkecuali aku.kawan-kawan ku kata"aku suka indie".tidak.aku follow aliran muzik mereka sahaja.muzik mereka enak dijadikan halwa telinga.dan aku mengkagumi usaha kugiran-kugiran tempatan ini untuk mencari ruang dalam dunia komersial.hakikatnya,aku masih mencari.sama macam remaja diluar sana.aku kurang selesa dilabel sedemikian.aku sedar.perjalanan kita sebagai remaja masih jauh.sangat jauh.baru sahaja nak kenal dunia.tapi mungkin hampir untuk meninggalkan dunia.siapa tahu.kerja tuhan yang maha esa.aku sebagai manusia hanya mengharap dapat menghela nafas lebih panjang. .dalam mencari identiti,kadang kala kita terpaksa menipu diri sendiri.menjadi hipokrit.itu sudah menjadi lumrah.tidak ada apa yang perlu dirisaukan.mungkin ada yang sudah ketemu dengan identiti hidup mereka.tahniah.well done.

selamat datang,alam dewasa.

annual dinner diim

dinner??!!

ok!dinner yang sangat clumsy.ops! dinner ke kelas aku?!konfius.aku tak pernah.dan tak suka.drama yang huru hara.director yang gila.majlis yang besar.sangat ramai.tema hijau hitam putih.baju warna hitam putih.makanan banyak.senior cantik2.air tak cukup pada mulanya.teh o ais sebagai penyambung.sedap!persembahan yang ntah apa2 kie orang wat.takda dalam perancangan lansung.but not bad kelas e6!korang besh.tengs untuk kerjasama korang.jasamu dikenang!

proses hidup aku masa annual dinner diim tu hanyalah.datang.risau pasal persembahan.tukar baju.duduk.buat persembahan.turun.makan.baca novel.tangkap gambar.hantar psu.kemas.bungkus makanan.balik.secara keseluruhannya aku yang bosan!bukan majlis tu.neway pengalaman pertama aku hadiri dinner.

aku suka mizah dan masyi masa dinner diim tu.mereka cantik!dan a credit for pija dan aima atas pertolongan mereka.make up.peransang dan bantuan!jasamu dikenang!kalian terhebat!

kenyang!

Thursday, October 22, 2009

outing terhebat!!!!!!

lets sing a song!!!

malam tadi aku bercadang dengan farah nak pergi outing sabtu esok.nak beli baju untuk annual dinner katanya.e'in tak dapat ikut sebab esok sabtu dia ada ptpn dia tu.tanpa disangka-sangka, jalil pun nak jugak pergi outing esok.so, alang-alang kami pun membuat la temujanji untuk ouing pada hari esok.ami tak nak ikut mula-mula.tapi setelah dipujuk.ikut jugak.mana boleh tak ikut.haha!

dalam kol 11 gitu kita orang nak gerak la ke bandar segamt yang 'segar amat' itu.daerah tercinta la katakan!duh!aku ingatkan ayang pergi outing ikut aku hanya aku, farah,jalil dan ami jerp.tapi rupanya ada pernambahan.tuti, aiman dan solihin.tak pe.aku tak kisah lagi meriah.aku suka.

kite orang jalan tak la bersama-sama.yang lelaki nye pergi gunting rambut (tapi tak da effect pun aku tengok) dan kite orang pulak pergi la menjengah ke butik2 baju yang ada kat bandar ni.tak da satu pun yang aku jumpa.bosan!yang membeli hanya tuti.dia beli baju dan lense.oh ya!satu benda yang aku sangat tak sangka yang wujud kat bandar segamat ni adalah tentang kewujudan kedai yang lebih kurang sama dengan kedai 'silver planet' dan 'stlo' yang ada kat jb tu.not bad!at least, ada gak la kedai yang aku suka pergi.nama kedai tu PET SHOP BOYS.

lepas kite orang dah puas strolling dan makan-makan kat mcd.adalah suara2 yang mengajak pergi karaoke.aku tak kisah.aku ikot jep.mula2 aku takot gak.tak pernah pergi kan.tapi bila dah masuk kedai tu.tak la teruk sangat.biasa jerp.ok!kiteorang mulakan sesi menyanyi.banyak gak lagu yang kite orang nyanyi.lagu yang paling best kite nyanyi ramai2 adalah lagu love story dan yang pernah.besh gile!check2 rock2!dan yang paling klaka nak mati lagu kau kunci cintaku di dalam hatimu jalil nyanyi.haha!bongek!tapi sumpah aku tak tipu, suara jalil sangat sedap.gila superb!

lepas puas MENYUMBANGKAN lagu, kite orang gi minum2 kat old taste.kat old taste tu kite orang bising macam kite orang nye kedai.haha!hepi!release gak la tension aku.amoy kat kedai tu kena blaja senyum la aku rasa.dah nak kol 5 petang gitu kite orang balik.kite orang balik naik teksi auw.cuba bayangkan 6 orang satu teksi.tak termasuk solihin, sebab dia dah balik dulu masa kita nak gi karoke tadi.tanak macam tin sardin pulak kan.dan yang paling havoc nye, ami pangku aiman kat depan.haha!redha jep la aiman.neway, aku hepi bersama mereka, menghilangkan rindu aku kat family!!just enjoy the show~

pitching lari laaaa~

Thursday, October 8, 2009

love always

greatest thing in my world :)

Where would I ever be without you guys? I recognize all you've done and helped me with. There isn't a better family to ask for. Even though we don't talk everyday, not a day goes by that I don't think about you and pray that you're doing well. Life is hard right now and we cannot be where we want to be; with eachother. However, I am working hard everyday in school and so that one day soon, we can all be together again in a better place, and condition than ever before. I will take care of you as soon as the Lord allows me to. I will never take any of you for granted and if for some reason I ever hurt you, please forgive me. It is never my intention. You guys will always be my prority and I will never let you down. Call on me if you ever need anything. I will be there. I love you.

Love, Kakak.

Wednesday, September 9, 2009

pumpkin house!!

selamat berpuasa!

ok!kali ni punya post aku nak citer pasal buka puasa pertama aku kat luar.kite orang pilih pumpkin house.hurmm.itu jek kot yang ada kat segamat ni.tempat yang agak menarik.lagipun, sebelum ni aku pernah gak la pergi dengan kak in,tuti,farah dan kak farah.not bad!

kite orang makan buffet.eh!lupa plak aku nak cakap.aku pergi dengan farah, e'in,fizi,syamil dan diba dolly.rakan2 aku yang len ntah mana ntah.missing in action!sorang balik,yang lain ada hal.pergi mana ntah.tension aku.tapi takpe la,aku masih ada yang len.

makanan yang disediakan sangat hebat.aku suka!yang sebenarnya aku memang suka makan.ok!lepas makan.topic kita seterusnya ialah membazirkan duit.shoppingggg!!!!!dah nak raya kan.huhuhuhu.aku beli selipar jep.selipar wedges.nak nampak tinggi la katakan.haha!bukan tak sedar diri.tapi untuk kemudahan aku gaksenang aku nak wat urusan kat kaunter bank.kaunter bank dah la tinggi.hampeh tol!

lepas aku balik dari buka puasa ni.adalh satu kejadian yang berlaku dekat roommate aku.dia punya skit yang dulu kena lagi.duh!aku kesian sama dia.tabah la yerp.

p/s:aku rajin aku citer pasal dia kat post aku yang len!

burrrrrppppppp!!!!!!!!!!