Friday, October 23, 2009

idea mencurah

identiti.

satu subjek yang sering kali timbul dalam situasi hidup manusia.semuanya memerlukan identiti.seni lukisan perlukan identiti.muzik juga perlukan identiti.perkataan "identiti" itu sendiri perlu identiti untuk dilontarkan.aku mahu berkongsi tentang "identiti" ini dari perspektif aku.hujung minggu seringkali aku ke bandar untuk mengambil angin yang berisikan karbon monoksida dan melawat pulau haba yang terhasil.di situ aku lihat ramai anak muda seperti aku yang menerewang disekitar bandar johor baharu ku sayang ini.ada yang indie habis.ada yang emo.ada yang smart.ada juga yang simple sahaja.disitu,aku lihat pergelutan emosi remaja yang masih tercari-cari identiti sebenar hidup mereka.tidak terkecuali aku.kawan-kawan ku kata"aku suka indie".tidak.aku follow aliran muzik mereka sahaja.muzik mereka enak dijadikan halwa telinga.dan aku mengkagumi usaha kugiran-kugiran tempatan ini untuk mencari ruang dalam dunia komersial.hakikatnya,aku masih mencari.sama macam remaja diluar sana.aku kurang selesa dilabel sedemikian.aku sedar.perjalanan kita sebagai remaja masih jauh.sangat jauh.baru sahaja nak kenal dunia.tapi mungkin hampir untuk meninggalkan dunia.siapa tahu.kerja tuhan yang maha esa.aku sebagai manusia hanya mengharap dapat menghela nafas lebih panjang. .dalam mencari identiti,kadang kala kita terpaksa menipu diri sendiri.menjadi hipokrit.itu sudah menjadi lumrah.tidak ada apa yang perlu dirisaukan.mungkin ada yang sudah ketemu dengan identiti hidup mereka.tahniah.well done.

selamat datang,alam dewasa.

0 comments: